Hindraf memanipulasi etnik India Hubungan_Malaysia_-_India

Hindraf telah menimbulkan beberapa isu membabitkan minoriti etnik India. Pemimpin Hindraf dilaporkan mengadu nasib dengan Ketua Menteri Tamil Nadu dan pemimpin India . Ada yang mencadangkan pemimpin Hindraf memohon semula kewarganegaraan India.Ironinya, di India sesama Hindu pun dilayan dengan kasta yang berbeza apatah lagi berlainan agama. [3] Nasib penganut Islam dalam filem Slumdog Millionaire amatlah menyedihkan.

Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorty ketika menetap di United Kingdom dilaporkan telah menyebarkan risalah Laporan Minoriti India Malaysia dan Pencabulan Hak Asasi Manusia di dalam satu persidangan di Chennai, India. Sekatan perdagangan terhadap Malaysia hendaklah dikenakan. Hentikan segala projek yang diberikan kepada syarikat Malaysia.[4]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menasihati Ketua Menteri Tamil Nadu, M. Karunanidhi agar tidak terpengaruh dengan dakyah Hindraf dan mencampuri hal ehwal negara ini. Ketua Menteri Tamil Nadu itu menulis surat menggesa Perdana Menteri India, Manmohan Singh segera membantu masyarakat India di Malaysia. [5]